SK Bukit Bertam

Message Headmaster SK Bukit Bertam
Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya mewakili PPKI Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam juga seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) kerana memilih sekolah kami untuk menjalankan Program Pendidikan Inklusif Holistik (HIEP). Sesungguhnya kami berasa sungguh bertuah kerana mendapat peluang seperti ini.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini menjadikan sekolah ini sebagai  salah sebuah sekolah rintis mengikuti Program Pendidikan Inklusif Holistik. Peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan digunakan sepenuhnya oleh setiap warga Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam dalam usaha memajukan murid-murid berkeperluan khas seterusnya membina mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Seterusnya, saya berharap agar pihak KPM dan USM dapat memberikan lebih banyak ilmu baharu kepada guru-guru pendidikan khas dan guru-guru aliran perdana yang secara langsung terlibat denganProgram Pendidikan Inklusif Holistik ini. Sesungguhnya, melalui pendedahan awal yang diberikan ini membolehkan guru-guru mempraktikkan ilmu baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tahniah kepada KPM and USM kerana melaksanakan satu program yang sangat baik dan memberi manfaat kepada semua pihak. Sekiranya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, saya mencadangkan agar pihak KPM meneruskan usaha ini pada masa hadapan supaya lebih ramai pihak dan sekolah yang menerima manfaat daripada Program Pendidikan Inklusif Holistik ini.

Selamat maju jaya.
Ismail bin Long