Mesej Naib Canselor, USM

Omar

Sebagai universiti APEX, USM berusaha untuk menjadi sebuah universiti yang relevan dan penyayang. Salah satu agendanya ialah untuk menyediakan perkhidmatan sepanjang hayat bagi orang kurang upaya, iaitu program di bawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat.

Kami mempunyai ramai pakar di USM yang komited untuk melakukan penyelidikan dan terlibat dalam projek-projek bagi mencari penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh orang kurang upaya. Staf fakulti USM telah menyiapkan pelbagai projek yang meliputi kajian kebolehlaksanaan Kementerian Pendidikan mengambil alih pendidikan pelajar berkeperluan khas di Malaysia (2003-2004) hinggalah kepada pentaksiran terhadap keberkesanan program integrasi-inclusion di Malaysia. Ini telah memberikan pengalaman dan sumber untuk meneruskan agenda bagi membangunkan program pendidikan inklusif holistik. Tahniah kepada Prof. Dato ‘Dr See Ching Mey dan pasukannya kerana melangkah ke satu tahap yang lain dalam kerja-kerja di bidang ini.

Kami amat gembira dengan penerimaan geran yang akan membawa murid berkeperluan khas ke peringkat inclusion yang seterusnya. USM berhasrat menggunakan budaya kecemerlangan kami untuk menyediakan inclusion yang komprehensif dan holistik bagi murid berkeperluan khas ke dalam aliran perdana. Ini akan tercapai dalam konteks ekosfera “terjalin” melalui libatsama dan komitmen organisasi, menggunakan mekanisme yang memfokus kepada pertumbuhan dan peningkatan modal insan yang membawa impak positif kepada masyarakat, bangsa dan akhirnya, dunia.

Inclusion membekalkan murid berkeperluan khas dengan cara-cara untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran dan membolehkan mereka berkembang dan mengambil bahagian dalam masyarakat seperti orang lain. USM percaya bahawa inclusion memberi ruang kepada penerimaan kepelbagaian manusia. Libatsama semua orang dalam mengharmonikan keperluan murid berkeperluan khas dengan sistem pendidikan menunjukkan bahawa di Malaysia, “Pendidikan untuk Semua” diamalkan.

Sebagai sebuah universiti APEX yang menyokong pemikiran dan tindakan kelestarian untuk menjamin kebajikan masyarakat kita bersama dan masa hadapan, kami mementingkan kolaborasi dengan semua sumber kami bagi memudahkan dan menjana penyampaian yang berkesan dan cekap dalam pengurusan projek. Menyedari harapan tinggi komuniti dan negara serta amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan, USM akan berusaha memenuhi obligasi kami. Kami telah mereka bentuk strategi yang diperlukan bagi menyempurnakan tugas ini. Sebagaimana “Kami Memimpin”, begitulah juga kami akan menyampaikan.



Profesor Dato' Dr. Omar Osman