SK Matang

Message
Headmistress
SK Matang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya mengutus sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Sains Malaysia kerana memilih SK Matang sebagai salah satu daripada 5 buah sekolah rintis untuk Program Pendidikan Inklusif Holistik (HIEP) peringkat kebangsaan yang telah bermula pada Mei 2015.

Sebagai peneraju sekolah ini, saya sentiasa berusaha memastikan iklim pembelajaran  yang kondusif bagi memacu kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan ko- kurikulum baik di aliran perdana mahupun aliran pendidikan khas. Saya amat  menyokong dasar Kementerian iaitu semua murid berkeperluan khas berpeluang untuk  menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai serta murid yang berpotensi  seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas aliran perdana. Usaha ini  memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak seperti para guru, PIBG, ibu bapa,  komuniti sekolah dan semua murid. Saya yakin warga SK Matang menyokong penuh  Program Pendidikan Inklusif Holistik ini dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme demi mencapai  impak yang tinggi terhadap kecemerlangan murid-murid berkeperluan khas.

Akhir kata, besarlah harapan saya agar Program Pendidikan Inklusif Holistik ini berjaya dan dapat disebarluaskan ke sekolah-sekolah yang lain demi merealisasikan visi dan misi pendidikan khas iaitu untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar  berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup, dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

“SK MATANG EXCELLENT”

Zuraini Akmar bt Dato Haji Mohamad Zailani

my website icon2  Website / Laman sesawang