SK Bukit Jana

Message
Headmistress
SK Bukit Jana

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Salam Perak Aman Jaya. Salam Perak Excellent. Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan izin-Nya, saya diberi kesempatan  untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sekalung tahniah dan syabas saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Program Pendidikan Khas Integrasi di atas segala inisiatif, komitmen dan kesungguhan yang diberikan sehingga berjaya terpilih untuk menjadi sekolah perintis dalam Program Pendidikan Inklusif Holistik (HIEP) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia.

Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jana telah dibuka pada tahun 2003 yang diterajui oleh  En.Mohd Zolkafli bin Mohd Razali selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas. Program ini dimulakan dengan murid seramai 9  orang dan 3 orang guru. Kini, program ini mempunyai 56 orang murid dan 12 orang guru serta 4 orang pembantu pengurusan  murid. Program pendidikan inklusif memang telah dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia beriltizam dalam menyediakan pendidikan berkualiti bagi murid berkeperluan khas agar mereka  mampu mencapai potensi yang optimum. Program Pendidikan Inklusif Holistik memberi peluang kepada murid berkeperluan  khas mendapatkan akses kepada pendidikan di kelas aliran perdana. Peluang ini membantu murid berkeperluan khas memupuk keyakinan dan jati diri yang tinggi.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Pendidikan Inklusif Holistik.  Semoga program ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti dan berkesan kepada  murid berkeperluan khas di bawah aspirasi ekuiti, “Peningkatan Enrolmen Murid Berkeperluan Khas dalam Program Pendidikan  Inklusif” yang telah dijadikan sebagai salah satu daripada 25 inisiatif utama dalam 1Agenda Bersepadu Kementerian Pendidikan  Malaysia pada tahun 2013. Semoga usaha murni kita semua diberkati oleh Allah SWT.

Selamat maju jaya.

Muhaini binti Jusoh

my website icon2  Website / Laman sesawang